Rindu Arwah Mak Dan Abah

 

Mak, Allah letak mak kat mana? Semoga mak dengan abah Allah letak dekat taman² syurga.


Aamin.


Hari ni dah masuk 9 bulan arwah mak pergi meninggalkan aku dan semuanya. Macam tak percaya orang yang sering berkepit dengan aku, berlegar² di muka bumi ni jarang diam..dah pergi berpisah jiwa raga nya dari aku. 


Kita ibarat pintu mak. Berganding berdua sama saiz dengan pintu. Tapi ada ruang sikit biarlah itu diselitkan bantal sebiji. Bukan sempadan tapi menandakan setianya kita bersama. 


Mak, teringat waktu mak hidup dulu biasa ada je orang meninggal hari jumaat, mak akan cakap, "Patutlah awan mendung je." Mesti mak cakap camtu. Mak sambung "Untungnya kalau dapat meninggal hari jumaat lai aaa"..Mak biasa panggil anak² nya alai. "Ye mak!" Aku jawab.


Dan Allah dah kabul kan pun hasrat mak tu. Mak meninggal pada subuh hari jumaat. Alhamdulillah. 


Tak de siapa jangka mak akan pergi dalam jangka umur 70 tahun mak. Sixth sense aku gagal meneka, aku terteka mungkin Allah akan mengambil mak dalam umur mak 100 tahun mak. Bila mak mendengar tekaan aku, mak menidakkan, "haih tak kanlah 100 tahun, jangan lah tua ganyut benor".


Rupanya mak meninggal sekitar umurnya 70 tahun. Benarlah kematian tu rahsia Allah. Aku tersalah teka. Ibarat cam main game cross word biasanya dalam sesaat je dah jumpa perkataan tu. Benarlah cross words tu bukan rahsia Allah. Sebab Dia izinkan tuk tau dan teka.. Allahu! 


"Lai, hari tu arwah abah kamu meninggal dunia ada peluh tak kat dahi.?" "Ada kut mak, basah² sikit." "Alhamdulillah kalau ada" "kenapa mak tanya?" "Tak la, ustaz mak masa sekolah dulu kata, siapa yang matinya sedang dahi dia berpeluh bermakna dia mati dalam khusnul khotimah". "Ooo" Jawab aku.

(Mak tanya aku dalam tempoh 3 bulan sebelum meninggal.)


Sambil menjawab sambil kepala aku berlegar mengingat yang sebenarnya mak pernah tanya soalan macam ni beberapa kali dah. Siapa sangka dalam diam beliau menyimpan hasrat dan impian yang tak dijangka waktu dia bertanya.


Hari khamis petang, beberapa jam sebelum mak meninggal dunia, aku sempat tegur peluh di dahi mak terlalu banyak, besar² dan bulat², tak berserakan, tak meleleh walaupun peluh tu berada di sisi dahi mak. Tak jatuh, melekat elok di dahi. Tak pernah aku tengok peluh sebegitu besar dan tak terusik, bulatnya tu bagai air tu berada di daun keladi. Lalu aku ambil tisu dan lap. Lepas tu tak nampak timbul lagi. Kalau air tu air yang dimasukkan oleh doktor melalui beg ke badan mak lalu berlaku lebihan, kenapa ia tak muncul lagi kan selepas dilap. Tulah kuasa Allah kan.. Allahu.

Dan lepas tu, bila aku cium mak, wangi sangat. Pelik, nurse lap atau mandikan pesakit hospital dengan air aroma terapi ke? Tanya hati aku.


Dalam tempoh sebulan, dua bulan sebelum meninggal, tahu² itu lah tanda² mak dah nak pergi. 


Satu hari tu, aku tegur keadaan mak, sebab pandangan aku biasanya tak macamtu,


"Mak, kenapa bahu dan badan mak makin kecik?, lepas tu pinggang makin turun? Mungkin sebab mak makan sikit kan ye mak ye." Aku rerisau tanda nak meninggal dunia, tapi aku pun tak nak mak risau. Tapi aku ungkap juga supaya beliau tau apa perubahan dan mungkin boleh bersedia. 


"Mak bengkak² mak dekat jari ni dah tak nampak benjol dah mak. Rata dah." Beliau excited. "Ye ke, alhamdulillah" "dah lama luka ni kan mak sejak mula duk sini berpuluh taun dulu?" "Iya". Jawabnya.


"Adik kamu kata pokok tiger mak tu berbunga? Mak nak tengok, bawak mak keluar. Dah lama pokok tu mak tanam tak pernah berbunga." 


Entah nape tiba² je pokok tiger tu berbunga beberapa minggu je lagi sebelum beliau meninggal. Macam tau² je tuan dia dah nak pergi. 


Padahal pokok bunga tu selama tanam tak pernah berbunga.


"Cantiknye lai, berbuah besar² pulak tu." Aku pun mula ambil video dan rakam. Nak senangkan hati mak, nak show adik beradik mak happy pokok tiger dah berbunga dan berbuah.


Dalam sebulan sebelum,

"Lai masak kan mak rendang, mak teringin nak makan rendang." Ok mak" "Mak sedap tak?" "Alhamdulillah sedap je" "Tunggu kakak kamu balik nanti masakkan mak mee rebus plak"


Sempat jugak masakkan beliau rendang. Tapi kakak tak sempat masakkan mee rebus.


"Lai talifonkan kawan² mak" (nama sekian sekian) lepas sorang sorang mak suruh talifon. Sebelum tu mak tak pernah cam tu. Tiba² saat akhir, mak kerap suruh talifonkan sahabat² mak, saudara² mak, anak² mak. Rindu nak borak² kata mak. Padahal baru je  beberapa hari mak berborak dalam talifon. 


Aku tau mak terasa sepi, ya..kematian tu selalu akan buat orang yang bakal menempuh nya, terasa sepi.


Tak termasuk orang yang duduk sorang².  Sepi kerana sendiri la. 


Sejak mak sakit, sebelum tidur mak suka minta maaf dengan aku dengan anak². Bukan takat dengan anak dengan sesiapa pun yang mak berupaya jumpa dan cakap selama hidup. Mak memang orang yang suka mintak maaf walaupun saat mak sihat. Mak cakap kita walaupun tak salah apa pun tak salah minta maaf.


Sesuatu yang sangat aku banggakan dengan mak, mak tak buat perkara sia² dalam hidup. 


Orang jemput mak kenduri mak pegi, saja² tak pegi sedang itu kenduri saudara mara tak de langsung, mak lah di antara orang terawal yang pegi gotong royong, kecuali tak de kemudahan nak pegi, mak tak pegi. Mak suka sedekah duit nak gantikan diri.


Mak seorang yang kalau boleh mak nak pergi semua undangan orang tak berniat nak saja² tak pergi tanpa sebab pun, mak mesti sedih kalau tak dapat pegi tu orang yang mak kenal sangat. 


Bila ada kematian kalau mampu mak pegi, mak mesti talifon dulu tunjuk berat, bila ada sedara dan sahabat yang sakit mak ziarah bila tak de aral.


Bila ada orang yang sama nampak warak macam mak jumpa tengah jalan atau di mana² perhentian, mak tegur, senyum dan berkenalan. Mak akan sebut selawat setiap berjabat. Dengan kawan² mak, bila berpisah sebolehnya mak akan sedih atau mak menangis berpelukan dan minta maaf, sebelum berjumpa pun macam tu terutama kalau lama tak jumpa. 


Mak suka sambung ukwah dan erat silatulrahim. Mak orang yang serius dan tegas., jugak seorang yang baik hati.


Mak suka berkebun, mak suka tanam pokok² buah dan bunga. Mak jugak suka bersedekah. 


Bila mak selesai berkebun dan menyiram. Aku tanya "Mak penat?" "Tak penat langsung lai" Mak memang berlegar dalam hobi mak yang semua tu ibarat hiburan bagi mak, sampai mak rasa tak penat langsung.


Mak jugak suka tonton drama, macam drama kekeluargaan. Mak pernah cakap mak tonton sebab nak ambil iktibar.


Mak pandai masak. Sedap sangat mak masak. Bila mak menjamu semua orang rasa sedap dan puji mak. 


Bila mak bercakap, terserlah kebijaksanaan mak. Sampai orang yang mendengar mak cakap jadi seronok dengar mak rancak bercerita.


Mak jugak pandai menjahit. Baju² masa kecik semuanya mak yang jahit. Mak suka ambil upah menjahit. Cuma bila dah mata mak dah tak nampak sangat mak dah tak jahit ambil upah dah.


Mak jarang nak duduk saja². Mak tak senang kalau tak kerja.


Kalau tak sebab Allah izinkan covid 19 jadi. Mak tak kan rehat dari mengajar agama. Mak akan mengajar di masjid dan di surau. Bila balik rumah mak selalu bawakkan kuih muih. Kalau tak de kuih, aku tercari² "mak mana kuih?"  "mak tak bawak ape lai." Mak cakap dalam sayu n penat. Betapa mak tu jarang sangat tak bawak kuih. Sampai aku suka nak cari.


Aku suka tunggu mak bawak makanan. Sebab aku teringat masa kecik² dulu bila malam², arwah abah suka bawak makanan dari masjid, lebihan orang sedekah. Macam² kuih dan sedap² semuanya. Lepas rindu.



Akhlak mak tip top sangat. 


Mak meninggal subuh esoknya pada hari jumaat. Selepas sehari doktor benarkan ahli keluarga jumpa. Alhamdulillah, sempat jugak menziarah mak 12 jam sebelum mak meninggal. Innalillah. Terdetik di hati. 'Mak tak izin aku jauh diri dari mak kini mak yang pergi jauh'. Tapi, Alhamdulillah untungnya mak dapat rezeki meninggal hari jumaat. Hari yang mak impikan, kematian berpeluh yang mak impikan. Semoga Allah menerima amal mak. Aamin.


Semoga mak dan abah berjumpa di sana. 


Aamin amin aminn..ya rabal 'alamin.